n CT01 Clenx Tea

CT01 Clenx Tea

CT01 Clenx Tea
Jenama: Clenx Tea
Kod Produk: CT01
Stok: Ada Stok
RM29.80 RM27.40

Dah 2 hari meneruskan niat mahu detox aka kurus dgn minum Clean Tea. Hasilnya belum nampak tapi menjadi tetamu toilet selalu dan agaknya kalau toilet tu boleh bersuara..mahu disumpahnya saya. Takde muka lain….

Tadi Azie, teman dari daerah rezeki beri nasihat. Mungkin kesihan kerana sering sangat saya ke toilet. Katanya…Akak minum sekali sehari je kak. Buat pekat2. Sachet tu simpan dlm peti sejuk….guna pada hari kedua. Taklah asyik memerut je. Advice dari Pharmacist. Betul gak tu…tapi salah cara guna ke saya nie? Kerana tak mahu membazir…saya guna sachet yg sama…..tambah air panas sampailah tehnya sudah hilang rasa. Jangan membazir…jimat.

Balik…belek-beleklah kotak Clenx Tea tu. Tertulis..Masukkan 1 uncang ke dalam air panas dan rendam selama 5-10 minit. Isi semula air panas 1-2 kali mengikut kehendak sendiri. Minum 1-2 uncang sehari selepas makan untuk kesan terbaik. Errmm…ikut cara yg tertulis lah. Takpe Azie, biarkan saja saya jadi tetamu toilet sentiasa. Yg penting segera mahu kurus. Tak sanggup melihat perut yg mula membuncit, peha dan lengan yg semakin montel. Ooohh..tidak! Saya tak mahu jadi montel dan yang penting tak mahu juga sakit. Maklumlah..kalau badan dah naik…senang pula dapat penyakit nanti.

Nasi? Jgn makan nasi?? Mana mungkin. Tekak melayu nie…tak makan nasi sehari mengigil macam nak pengsan tau. Ok..cuba kurangkan portion bolehlah…cuba. Harap-harap diet dan bantuan Natural Cleax Tea mampu membuahkan hasil. Oh ya…..kena minum banyak air kata Azie lagi….itu harus.

Tengoklah macamana nanti. Berat skrg 68 kg….beri masa sebulan lah….lihat ada kurang atau tidak. Usaha!!

Tulis ulasan

Nama Anda:


Ulasan Anda: Nota: HTML tidak dapat diterjemah!

Penarafan: Teruk           Bagus

Masuk kod dalam kotak dibawah:



Komen ()
Disediakan oleh OpenCart
jesseltonborneo.com © 2018