De herbs Healthy Marketing ditubuhkan pada September 2010 dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini Kami mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru dengan seramai 15 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini De Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.