Minsyam

Minsyam

Catatan rasmi yang pertama tentang pohon zaitun dan pengeluaran minyak telah ditemui di arkib Ebla negara - kota kuno. Ia terdiri daripada hampir 12 dokumen pada tarikh 2400 S.M. yang menjelaskan tentang pemilikan tanah ladang pohon zaitun oleh Raja dan Permaisuri. Terdapat juga  halaman daripada arkib tersebut yang  menyatakan bahawa 4000 botol minyak zaitun disediakan kepada kerabat di raja dan kakitangan kerajaan manakala 7000 botol disediakan kepada rakyat. Setiap botol tadi boleh menyimpan sebanyak 60 kg minyak. Jumlah zaitun yang tercatat di dalam arkib tersebut adalah sebanyak 700 tan minyak dan 1.465 hektar ladang. Penduduk Ebla pada ketika itu sekitar 15000 orang dan merekalah yang menjadikan minyak zaitun sebagai industri utama pada ketika itu. Satu kajian arkeologi telah menemui sebiji botol besar berada di Kota Purba Ebla. Botol tersebut diisi dengan minyak zaitun dan digunakan untuk perdagangan dengan Mesir melalui bandar perlabuhan Ugarit (sekarang lattakia).

Paparan: Senarai / Grid
Papar:
Susun Ikut:
HB02 Minyak Zaitun Syam
KHASIAT MINYAK ZAITUN MINSYAM Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian Menghindari penya..
RM10.50 RM6.30
Disediakan oleh OpenCart
jesseltonborneo.com © 2017