Cuka Apple

Cuka Apple
Kelebihan Cuka Apple
Sejak Beribu Tahun Dahulu Orang-Orang Greek Dan Mesir Telah Menggunakan Cuka Apal Sebagai Makanan Dan Ubatan Untuk Diri Sendiri Dan Haiwan Peliharaan Mereka.
Cuka Epal Ialah Sejenis Cuka Yang Diperbuat Daripada Bahan Yang Diproses Dengan “Fermentation” Yang Mana Gula Di Dalam Air Buah Epal Dipisahkan Oleh Bakteria Dan Ragi Yang Berwarna Kuning Keemas-Emasan Dan Dijual Dalam Bentuk Semula Jadi.
Cuka Epal Sering Digunakan Untuk Tujuan Kesihatan Selain Daripada Digunakan Dalam Masakan.
Ia Mula Popular Setelah Dr D.C. Jarvis, Penulis Buku Kesihatan, Mengesyorkan Cuka Epal Sebagai Produk Masakan Yang Sihat Dan Cuka Epal Diminum Setiap Hari Sebagai “Home Cure” (Ubat Di Rumah).
Menurutnya, Cuka Epal Boleh Dicampur Dengan Madu Untuk Membuat Air Yang Dinamakan ‘Honergar’ (Madu + Cuka Epal).
Mengikut Penyelidikannya, Air Campuran Itu Boleh Membunuh Bakteria Yang Memudaratkan Dalam Usus Manusia Dan Menyarankan Agar Ia Diminum Sebagai Minum Harian Sebagai Tonik Kesihatan.
Rasanya Memang Menyegarkan Seperti Rasa Teh Limau Dan Masam-Masam Manis. Pesakit Kencing Manis Disyorkan Tidak Melebihi Dua Sudu Teh Madu Sehari.
Dari Segi Zat Nutrien (Makanan Yang Berkhasiat), Cuka Epal Kaya Dengan Vitamin, Zat Galian, Enzim Dan Asid Amino, Iaitu Bahan Nutrien Yang Baik Untuk Kesihatan Tubuh.
Ia Juga Mengandungi Antioksida Yang Dapat Mengurangkan Kesan Radikal Bebas Yang Berbahaya Untuk Tubuh Manusia.
Cuka Epal Mengandungi Sejenis Serat Pektin Atau Serat Larut Air. Serat Larut Air Membantu Dalam Melawaskan Sistem Pembuangan Najis Dalam Tubuh.
Paparan: Senarai / Grid
Papar:
Susun Ikut:
CU01 Cuka Apple
Beberapa manfaat kesehatan dari cuka apel: 1.    Akan membersihkan toksin-tok..
RM17.00 RM10.00
Disediakan oleh OpenCart
jesseltonborneo.com © 2017